Monday, September 29, 2014

GST : Inflasi and Hutang Awam

GST : Inflasi and Hutang Awam


      Sepertimana yang kita ketahui, perlaksanaan GST akan bermula pada tahun 2015. Saya menjangkakan bahawa kadar inflasi Malaysia akan meningkat beberapa peratus di antara 1% kepada 3% memandangkan sistem percukaian barang dan perkhidmatan (GST) adalah lebih efektif dan menyeluruh berbanding sistem percukaian SST. Pengenaan cukai adalah meliputi semua produk dan perkhidmatan di pelbagai peringkat iaitu dengan jangkaan 6% hingga 7 % peratus bagi cukai perkhidmatan dan barangan.
   
       Namun begitu, kadar inflasi ini dijangkakan akan kembali menurun kepada asal memandangkan kadar hutang rakyat malaysia iaitu sebanyak 86.6%  adalah antara teringgi di antara negara-negara asean pada masa ini dimana ia akan memberi kesan kepada pasaran permintaan wang bagi urus niaga dan awasan.

      Pertumbuhan ekonomi Malaysia juga dijangkakan akan mengalami sedikit kelembapan seketika akibat pengenaan cukai GST di sektor-sektor ekonomi negara. Hal ini kerana ia dijangkakan akan berlakunya sentimen berhati-hati oleh penguna dalam berbelanja  selepas pengenaan sistem cukai baharu ini.

      Sebagai penguna saya menasihatkan masyarakat untuk lebih berhemah dan teratur dalam merancangkan perbelanjaan anda.Pengenaan cukai GST ini sedikit sebanyak akan meningkatkan kos sara hidup semasa terutamanya bagi masyarakat yang berkeluarga.

Sunday, September 28, 2014

Indeks Harga Penguna

Indeks Harga Penguna.


Indeks Harga Penguna (IHP)=   Harga purata tahunan semasa
Consumer Price Indeks (CPI)     -------------------------------------  x 100%
                                                     Harga purata tahun asas


Indeks Harga Penguna ialah kaedah yang digunakan untuk mengukur kadar perubahan purata sekumpulan barang dan perkhidmatan yang dapat mewakili corak perbelanjaan pengguna,


Indeks Harga Penguna ini digunakan bagi menentukan kadar inflasi.




Saturday, September 27, 2014

Inflasi

INFLASI.

Historical Data Chart


Inflasi adalah keadaan di mana tingkat harga umum barang dan perkhidmatan telah meningkat secara menyeluruh dan berterusan.

Antara faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya inflasi ialah :

  • kenaikan permintaan agregat ketika ekonomi telah menghampiri atau telah mencapai guna tenaga penuh
  • kenaikan dalam kos pengeluaran atau kos input naik
  • kenaikan harga barang-barang diimport
  • tambahan bekalan wang.
Kadar inflasi  = indeks harga penguna semasa   -   indeks harga penguna tahun sebelumnya
                          __________________________________________________________  x 100%
                                                     indeks harga penguna tahun sebelumnya